• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Aku Dan Badminton

Aku Dan Badminton

17 January 2020 //  by sheila//  Leave a Comment

Dalam banyak-banyak sukan, aku memang tersangatlah suka main badminton. Ada satu lagi sukan yang aku suka cuma yang tu kena ada team, iaitu handball. Bahasa melayu aku tak tau apa namanya hahaha.

Nak cerita pasal badminton ni aku start aktif semula masa aku kerja di etiqa. Ada kelab badminton, aku pun join suka-suka. Dah lama sangat tinggal badminton.Keras dah agaknya.

Tiba lah masa aku join kelab badminton etiqa. First game ok. Second game kena dengan otai rasa macam patung wey. Malu sangat. Tak terkejar bulu tangkis tu. Tapi sebab aku baru, dimaafkan lah.

Minggu depannya aku join lagi. Kali ni macam tak berapa nak diberi chance. Jelingan sinis tajam menusuk kena kat aku bila aku tak kejar bola. Fuhhh, panas berpeluh lain panas kena jelingan tu buat muka aku bertambah panas.

Aku tebalkan muka. Minggu depan, aku mula cari sasaran untuk latih aku. Tapi tak ada. Huwaa. Diorang tak ajar sangat. Sedih. Ada la sorang abang tu dia ajar sikit-sikit. Tak happy tau main macam ni.

Aku tak give up. Minggu seterusnya aku datang lagi, ada sorang budak lelaki baru. Bila borak-borak rupanya dia bawah umur setahun dari aku. Ha, ok la kan. Tak la segan sangat.

Mulai minggu tu, aku dengan tak malunya minta dia train aku. Free pulak tu. kahkahkah. Tapi nak cerita, dari aku berlatih dengan budak tu lah,skill bermain badminton aku makin helok.

Bila game dengan kakak-kakak tu diorang pun kata aku improve. Alhamdulilah, aku bukan lagi penyebab kekalahan hahaha. Baru lah syok main kan.

Geng perempuan yang main badminton tak ramai. Tak lama lepas join kelab tu, aku disuruh untuk join tournament intertakaful. Seramnya rasa masa tu. Boleh ke aku ni? Diorang mesti hebat-hebat.

Aku berlatih je macam biasa. Aku pun tak tahu siapa partner aku nanti. Katanya bila hari nak bertanding akan dibagi-bagikan partner. Aku redha je lah masa tu.

Sampai lah hari tournament. Aku dapat partner yang lebih kurang aku juga. Rasa sedih. Tapi gembira juga sebab tak rasa macam diri ni akan jadi punca kekalahan.

Tak sangka aku dan partner berjaya menangi semua set. Tiba lah ke finale set. Ya Allah masa tu rasa macam wakil malaysia wey. Seram sejuk semua ada. Cuma rasa tak nak kalah tu kuat. Aku pulun sampai habis.

Alhamdulilah, dulunya punya kekalahan setiap game. Waktu pertandingan kami berjaya jadi juara. Nangis masa tu. Penat tu game dari pagi sampai petang. Macam tu lah agaknya wakil malaysia rasa kan?

Apa pun jangan pernah give up dengan pandangan serong orang lain terhadap kemampuan diri kita. Kita mesti bangkit dan kenalpasti kelemahan diri untuk kita baiki.

Aku tak kecil hati pun dengan kakak-kakak tu. Aku berterima kasih. Kalau diorang tak react macam tu,mungkin aku pun tak fikir nak baiki skill bermain badminton.

Walaupun sekadar permainan, kita perlu usaha sehabis baik tau. Omputih kata “works hard ,play hard” gitu.

Sekian.

Category: umum

Previous Post: « Tak Boleh Hidup Tanpa Duit
Next Post: Deja vu Dalam Hidup Aku »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.