Assalamualaikum selesai sudah sesi membakar lidah dan bibir di kedai Ayam Gepuk Pak Gembus. Pedas yang amatt tapi sedap dan nak repeat makan lagi next time.
Mesti korang tertanya-tanya apa tu ayam geprek. Apa pula ayam gepuk? Ok ayam geprek ni ala2 ayam penyet cuma bentuknya lebih hancur.
Ayam gepuk pula sama juga macam ayam penyet cuma diketuk-ketuk manja. Secara am nya hidangan yang lebih kurang sama. Ayam dan sambal pedas.
Yang sheila makan di Restoren Pak Gembus ni ayam gepuk. Sheila makan di cawangan kajang. Pertama kali cuba ayam gepuk di cawangan cheras Maxim.
Istimewanya ayam gepuk pak gembus, daging ayamnya manis walaupun sizenya agak kecil. Rasanya mereka guna ayam kampung. Ayamnya digoreng tidak bertepung, tapi isinya basah tidak kering. Tak muak di makan.
Sambalnya pula, bukan guna cili biasa-biasa. Memang guna cili padi yang pedasnya, hadoi bikin kaki gigil tahan pedas. Jangan risau bila nak oder boleh pilih tahap kepedasan.
Hari ni dan hari sebelum ni bila pergi ke restoren pak gembus memang sheila pilih tahap pedas biasa sahaja. Sebab pernah rasa kawan punya yang tahap pedas, memang tak mampu deknon nak hadap kepedasan nya.
Sheila suka tahap kepedasan biasa sebab cili yang digilis ditambah kacang. Kemanisan kacang dan rasa lemaknya buatkan sambalnya lebih sedap. Balance rasa pedas lemak manis. Nak-nak bila dimakan dengan kicap pekat manis yang disediakan di setiap meja.
Hari ni suami sheila teman makan. Dia oder yang tahap pedas. Memang pedas gilerr katanya. Setelah dia rasa level biasa.Dia kata prefer level biasa. Katanya pedas yang balance tidak pijar semata.
Dari muka helok handsome kacak bergaya, habis je makan ayam gepuk level pedas berpeluh-peluh menahan pedas.
Di restoran pak gembus ni, biasa sahaja tiada interior design yang special. Tapi so far sheila rasa dia saja yang jual ayam gepuk ni kat malaysia. Kalau ada tempat lain yang jual ayam gepuk tolong rekemen ya sheila nak pergi cuba hehe.
Bila sheila google restoren pak gembus ni, rupanya bukan ada di malaysia saja. Kat indonesia banyak cawangan. Kiranya di malaysia ni ada beberapa cawangan juga.
Terima kasih pak gembus, tak ada lah kami perlu ke jakarta semata untuk rasa keunikan rasa ayam gepuk ni.
Sesiapa yang nak cuba ayam gepuk pak gembus boleh tengok senarai cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus ini ya.
Di sini sheila sertakan beberapa lokasi Cawangan Ayam gepuk Pak Gembus yang ada. So far ini saja yang sheila jumpa.
Cawangan Ayam gepuk Pak Gembus. Nanti taip saja kat google. Boleh dapat lokasinya dari situ.
- Kajang
- Keramat KL
- Ttdi
- shah Alam
- Gombak
- Selayang
- Cheras Maxims
Selamat Mencuba.