• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Beraya Dengan Saga Buruk

Beraya Dengan Saga Buruk

15 June 2019 //  by sheila//  Leave a Comment

Assalamualaikum, dah agak lama sheila tak menulis. Hari ini sheila ada di penang, dalam perjalanan pergi majlis bertunang sepupu suami. Rumah bakal tunangnya di perak. Sheila dalam kereta, mengelamun teringat pada suasana raya tahun lepas 2018.

Anak-anak tengah tidur boleh lah mengelamun sekejap. Terimbau bulan raya tahun lepas. Masa tu nak masak lauk raya pun tak ada duit. Masa tu tengah mengandung anas.

Dalam hati teringin nak beraya sana sini makan sedap-sedap.Tapi bukan kata nak pergi beraya nak balik kampung pun tak mampu. Iya lah masa tu kami dah tiada kereta. Ada motor sahaja.

Sayu hati tak dapat balik kampung. Tahun lepas ialah tahun kedua tak dapat beraya ke kampung sheila di johor. Nasib baik ayah dan mak sheila faham keadaan sheila ketika itu.

Pada satu hari dapat jemputan open house dari seorang kawan dan seorang kakak. Suami sheila kesian tengok sheila dia usahakan pinjam kereta nak bawa sheila beraya.

Alhamdulilah dapat pinjam kereta abang sedara dia. Sheila pun siap-siap dengan anak-anak sekali. Seronok sangat rasa masa tu. Dalam hati dah terbayang makanan yang sedap-sedap.

Bila dah siap, keluar rumah bawa anak-anak masuk kereta. Keadaan kereta tu sangat-sangat buruk. Kotor,tak ada aircond maklumlah kereta orang guna buat kerja kontrak.

Tapi masa tu rileks saja sebab rasa bersyukur sangat, ada juga kereta nak bergerak ke open house. Sepanjang perjalanan sheila menung jauh. Fikirkan masa depan diri dan anak-anak. Sampai bila aku dan anak-anak nak hidup macam ni. Apa patut aku buat? Apa aku boleh buat untuk ubah kehidupan aku.

Masa tu sheila tak join coway lagi. Lama juga sheila menung masa tu. Bila fikirkan pula persediaan bersalin, terus bergenang air mata. Tak ada persiapan seperti anak-anak sebelum ni. Baju baby pun tak ada. Baju newborn adam dulu semua dah sedekah kat orang sebab tak sangka nak dapat baby lagi.

Tiba-tiba suami tegur.Tanya fikir apa. Sheila kata tak ada apa. Dia kata dah sampai dah ni jom turun. Sheila pun turun kereta dengan anak-anak. Kami sekeluarga naik ke rumah kakak yang jemput kami open house tu.

Masuk saja dalam rumah, melilau mata sheila tengok makanan sedap-sedap. Lepas suami sheila makan sepinggan. Turn sheila pula makan dan sheila makan dengan sangat banyak. Sheila perasan juga mata-mata yang melihat. Malu dan segan juga tapi sheila dah tak kisah masa tu.Sebab dah lama sangat tak makan sedap-sedap.

Cuma masa tu memang boleh rasa perasaan orang hidup susah. Perasaan bercampur baur. Tapi makan tetap makan.Hahaha. Iya lah sheila ni pemakan orangnya.Memang suka makan sedap-sedap.

Selesai makan nak ke open house kawan suami pula di shah alam. Kesian suami sheila masa tu dapat makan sikit saja, dia banyak bantu urus anak-anak. Dia bagi isteri dia makan puas-puas.

Kami pun bergerak ke shah alam naik kereta saga buruk itu lagi. Masa itu fikiran sheila, dapat kereta murah pun tak apa asalkan kami sekeluarga ada kereta. Tak sampai hati tengok anak-anak berhujan berpanas naik motor berhempit-hempit.

Alhamdulilah dengan ujian ini sheila bangkit dan hari ini sheila dah ada kereta sendiri. Pada sheila kereta yang sheila ada sekarang ni sangat selesa untuk keluarga sheila kalau dibandingkan dengan kereta saga buruk dulu.

Kesusahan yang sheila lalui banyak memberi pengajaran kepada sheila dan membuatkan sheila jadi lebih kuat.

Terima kasih sudi baca kisah sheila.Nantikan kisah Baju RM1 untuk baby Anas Maliki.

Category: umum

Previous Post: « Dropship Mary Jardin
Next Post: Grolier, Hampir Aku Terjebak »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.