Kejadian ini berlaku pada tahun 2013. Ketika itu aku baru terjebak dengan urusniaga MLM(multi level marketing) syarikat Elken.
Tengahari itu aku ada appoinment dengan seorang kenalan di Kl Sentral. Pelanggan ini berminat nak beli set penjagaan wajah yang harganya RM5,000 satu set termasuk minuman kesihatan kolagen.
Pada masa itu, suami aku juga ada menemani sesi temujanji itu. Kami berjumpa di restoran ayam mas. Kami oder makanan dan minuman. Sambil itu aku menceritakan kebaikkan dan manfaat produk tersebut.
Alhamdulilah pelanggan tersebut memilih untuk memiliki set penjagaan wajah dan kesihatan elken. Selesai isi borang. Selesai makan minum. Kami sambung bersembang.
Kami terus bersembang sehingga kami melangkah keluar dari restoran tersebut. Tiba-tiba dari kejauhan kami dengar sesorang menjerit. “Kak abang”.
Eh siapa pula yang panggil ni. Bila toleh belakang. Tak kenal pun. Siapa budak ni. Bila tengok baju. “Eh, ni budak kerja ayam mas tadi. Alamak aku ada tertinggal barang ke? Tapi tangan dia kosong saja. Apasal ek dia panggil kitorang?
Dalam mengah-mengah berlari tu dia pun cakap. ” Kak abang, bil tak bayar lagi.” Hahahahahahahahahahahaha. Gelak besar kami semua. Rupanya syok makan,sembang ylepas tu dengan bersahaja keluar kedai tak bayar bil.
Nasib baik tak kena tahan. “Minta maaf ya,kami memang terlupa langsung pasal bil.” Kami pun kembali ke restoran membuat bayaran.
Lain kali makan jangan lupa bayar tau. hehe.