• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Bonda Rozita Ibrahim

Bonda Rozita Ibrahim

1 May 2019 //  by sheila//  Leave a Comment

Founder Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya

Ada satu masa aku bermula terinspirasi dengan seorang insan yang bernama bonda rozita ibrahim. Membaca kisah kehidupannya di blog beliau banyak memberi pengajaran.

Aku bukan sahaja membaca ceritanya di blog malah mengikuti setiap postnya difacebook dan instagram. Aku juga menggunakan hampir semua produk Jamu Ratu Malaya keluarannya.

Hampir saban hari aku mengikuti perkembangannya. Hinggakan aku berdoa berharap dapat berjaya seperti beliau. Aku teringin nak merasa menjadi orang yang berjaya seperti beliau.

Namun makin kerap aku berdoa untuk menjadi seperti beliau,semakin hari cabaran dalam hidupku bertambah-tambah. Macam-macam perkara yang menguji emosi dan fikiran aku berlaku.

Sampai satu tahap aku berasa sangat stress. Kenapalah susah sangat perjalananku baru-baru ni. Lama aku berteleku di atas tikar mengadu pada yang SATU.

Entah macam mana ada satu lintasan di fikiran aku menyatakan ” tidak mudah menjadi seorang rozita ibrahim”. Aku minta nak berjaya macam rozita ibrahim.

Makanya aku harus lalui jerih perit bagaimana bonda rozita ibrahim meniti kejayaan. Jika baca kisah hidup bonda di blognya, memang perit dan sememangnya beliau sangat-sangat kuat dan tabah.

Kehidupan lampaunya yang daif dan bagaimana dia berusaha kuat untuk keluar dari kesusahan yang dialami memang luar biasa.

Silap aku, aku salah doa. Aku meminta sesuatu yang aku sendiri tak boleh laksanakan. Aku tak sekuat bonda, baru diuji sikit aku dah mula panas punggung.

Allah s.w.t sediakan perjalanan bonda hanya untuk beliau lalui. Aku tak perlu berdoa meminta Allah sw.t menjadikan aku berjaya seperti beliau. Aku hanya perlu memohon kejayaan untuk diri aku.

Jadilah diri sendiri. Mintalah kejayaan sesuai dengan diri kita,usaha kita dan ketahanan emosi serta fizikal kita. Setiap kita ini sangat istimewa dan tak perlu meminta untuk jadi orang lain.

Category: umum

Previous Post: « Suka Bersihkan Meja Makan
Next Post: Membawa Diri Jauh Dari Keluarga »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.