Assalamualaikum. Hari ni sheila nak kongsi kisah pengalaman seorang sahabat sheila. Sahabat yang sheila kagumi akhlak dan hati budinya. Kisah nya bermula dengan satu panggilan telefon.
Setelah usai berbual ditelefon.Otak aku ligat berfikir. Tergiang-giang di telinga yang mastura sangat memerlukan duit. Tapi aku sendiri memang tak ada duit langsung ni.
Dalam hati aku berdoa, mudahan ada cara aku boleh bantu mastura. Sedang aku sibuk mengemas, telefon berbunyi. Suamiku telefon beritahu yang dia ada perlawanan bola sepak.
Aku betul-betul berdoa agar suamiku menang perlawanan ni. Setiap kali masuk ke peringkat seterusnya suamiku telefon beritahu keputusan. Setiap kali menang tuhan saja yang tahu berdebarnya jantung aku.
Katanya kalau menang dapat duit RM100. Berbunga hati aku bila dengar. Aku pun beritahu suamiku “Yayang doakan abang menang”. Memang ketika ini kami tak ada duit untuk makan pun.
Alhamdulilah dah masuk peringkat semi-final dan suamiku menang. Sekarang tunggu masa untuk final. Jantung aku dup dap dup dap tunggu keputusan. ” Ya Allah mudahkan lah urusan suamiku”.
Aku sedang duduk lipat baju, suamiku telefon. “Yang, kita menang yang!!”, ya Allah berjurai air mata aku. Begitu besar nilai RM100 itu buat keluarga kami. ” Aku bertanya suamiku boleh ke kalau aku nak RM50?
Rupanya dari awal lagi suamiku memang nak bahagi sama rata wang RM100 tu. Ya Allah, ini lah suamiku yang aku sangat cintai, suami yang sanggup berkorban apa saja untuk aku untuk penuhi keperluan aku sejak kami bercinta lagi.
Aku berterima kasih kepada suamiku. Aku sangat gembira. Selesai suami telefon, aku menelefon mastura, aku beritahu aku ada RM50 untuk diberikan kepadanya. Kami bersama-sama berjurai air mata dalam telefon.
Dalam hati aku berdoa, ya Allah mudahkan lah urusan sahabat aku ini dan berilah dia kekuatan untuk menghadapi ujianmu. Kini aku hanya menunggu suami yang aku cintai pulang.
Pagi esoknya sedang aku sibuk bersilat memasak di dapur, telefon aku berdering. Tak sempat aku nak angkat, suamiku tolong jawab panggilan. Suamiku serahkan telefon kepadaku.
Aku pun pelik. Bank yang call ke? Aku pun sambut telefon yang suamiku hulurkan. Rupanya panggilan dari ar-rahnu. Katanya barang emas yang kami gadaikan sebelum ni telah dilelong.
Aku pun tak ingat barang emas yang mana. Aku cakap tak apa lah.Kami memang tak ada duit nak tebus. Wanita itu kata, bukan nak minta tebus tapi kami nak bagi baki hasil lelongan RM500.
Aku tergamam. Biar betul dapat RM500. Macam tak percaya. Wanita itu membuat pengesahan nombor akaun yang ditulis dalam borang pajak sebelum ni. Aku iyakan.
Letak saja telefon aku beritahu suamiku tentang wang RM500 yang akan diterima dari ar-rahnu dan aku ceritakan juga RM50 yang aku beri pada mastura.
Kami sama-sama berpelukkan. Menangis kegembiraan,syukur dan sebak. Syukur sangat dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Dalam kami di uji dengan pelbagai ujian, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka.
Bila sheila dengar cerita sahabat sheila ni, sheila kagum sangat sebab dalam keadaan dia tak ada duit dan RM50 itu saja yang dia ada, dia bagi pada kawan dia.
Hebatnya dia, sanggup memberi dalam keadaan dia sendiri susah. Sheila bertuah ada sahabat seperti ini. Banyak yang sheila belajar dari seorang sahabat ni.
Baiknya Allah s.w.t, RM50 yang dikeluarkan Allah balas RM500. 10 kali ganda ganjaran yang Allah s.w.t bagi. Masya Allah. SubhanAllah. Allah maha kaya. Maha pengasih lagi Maha penyayang.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.