• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / DIET CARA SAYA

DIET CARA SAYA

19 March 2019 //  by sheila//  Leave a Comment

Assalamualaikum, salam sejahtera apa khabar semua hari ni. Terima kasih sudi baca entri sheila. Hari ini sheila nak share cara sheila diet bila berat badan naik lebih dari normal.

Semua benda nak makan.

Sheila ni memang pencinta makanan. Tapi sebagai seorang isteri sheila perlu jaga bentuk fizikal. Yelah orang lelaki ini memang Allah s.w.t cipta suka melihat yang cantik yang sedap mata mereka memandang.

Ada lelaki yang suka wanita yang bambam sikit, ada yang suka slim, yang suka badan melentik macam kerengga. Ikut lah suami kita suka macam mana. Sebab tugas kita sebagai isteri ialah menyenangkan hati suami.

Hidup sihat.

Cuma kalau suami kita jenis suka badan kita bambam jangan lah kita leka sampai terlebih bambam. Sebab bila terlebih bam bam akan menganggu kesihatan kita pula. Kita sayang pasangan kita kan? Pastinya kita tak nak susahkan dia dan anak-anak dengan pelbagai penyakit.

Kalau ikutkan nak jaga badan bukan lah semata-mata sebab suami. Untuk diri sendiri juga. Dulu sheila pernah juga naik berat badan dan tak ambil berat sangat tentang kesihatan. Ditakdirkan sheila jatuh sakit. Sejak sembuh memang janji dengan diri sendiri untuk amalkan gaya hidup sihat.

Tips diet baru ini sheila baru jumpa. Bulan lepas sheila balik johor. Bila balik johor ni memang selera makan bertambah-tambah. Terlalu banyak makanan sedap yang tidak mampu di tolak. Hasilnya sheila berjaya menambah 5kg dalam masa seminggu.

Susah nak kawal selera makan.

Untuk orang yang tinggi cuma 149cm, dengan berat 52kg sheila dah makin mendekati fasa bulat pendek. Balik dari johor, habit suka makan lebih dari biasa ni bersambung lagi. Dalam hati berkata, “tak boleh jadi ni, kalau tak kurangkan dari sekarang mahu naik berkilo-kilo lagi”.

Bila berjalan pun dah rasa mengah, memang perlu buat sesuatu sebelum jadi lagi lebih teruk. Sheila pun buat keputusan untuk berpuasa. Hari pertama berjaya. Cuma nak teruskan hari-hari seterusnya, agak susah sebab masa tu dah biasa makan banyak.

Sebab kita sebagai manusia agak sukar nak buat satu perubahan drastik dengan rutin kita. Lagi-lagi bab displin diet ni. Lagipun tak elok juga untuk badan kita. Contoh kita dah biasa makan nasi, tiba-tiba nak diet terus tak makan nasi. Mungkin berjaya tapi seminggu saja kot kalau semangat tak kuat.

Pada sheila diet perlu berperingkat. Apa yang sheila buat ialah puasa air manis. Makan macam biasa tapi tak minum manis. Sebab air manis ni salah satu punca penyumbang kegemukkan.Sheila banyakkan minum air kosong. Sheila akan bawa bekal air tapis dari rumah.

Pastikan kita minum air secukupnya sesuai ikut berat badan kita. Selepas seminggu sheila boleh rasa pernafasan lebih lancar. Lepas seminggu sheila usahakan kurangkan kuantiti makanan. Sebagai contoh, sheila makan 3-4 kali sehari, sheila tetap makan ikut kekerapan yang sama. Cuma kurangkan porsi makanan.

Concept of healthy lifestyle / weight loss diet steps / woman with different body mass index / vector illustration / flat style

Bila perut kita dah biasa makan sikit dari kuantiti asal, nak makan lebih pun tak larat nak habiskan. Ini memang sheila alami dan sheila buat. memang sangat berkesan. Macam satu proses kita twist minda kita. Sebab kebanyakkan kita rasa diet ialah satu penyeksaan sebab kena makan salad, tak boleh makan nasi dan ramai gagal meneruskan.

Exercise barriers for who Familiar with eating fast food want to lose weight. People give up a diet or exercise and happy return to junk food again. like a fat.

Akhirnya memilih untuk makan seperti sebelumnya.Atau mungkin jadi lebih kuat makan sebab balas dendam masa diet tak dapat makan sedap-sedap. Kita orang malaysia agak susah nak lari dari nasi dan variasi makanan yang pelbagaikan?

Untuk lalui proses diet cara halus ni kena set mindset juga. Sebab semuanya bermula dengan mindset kita. Cuma cara ini pada pendapat sheila tak ada lah satu paksaan drastik pada diri kita.

Sudah 2 minggu sheila puasa air manis. Alhamdulilah berjaya turunkan 3kg. Oleh itu ianya lebih mudah dilaksanakan. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Category: umum

Previous Post: « PHOBIA TASIK
Next Post: I’m No Body »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.