Assalamualaikum, hai sahabat.Terima kasih sudi masuk ke blog gadisgenit. Hari ni sheila berada di pejabat imigresen. Tengah tunggu passport.
Alhamdulilah dapat trip percuma pertama dari coway. Sedang menunggu ni sheila teringat kisah sheila hampir-hampir tersign up pakej grolier.
Pernah dengar grolier? Grolier ni selalu ada booth di shopping mall atau supermarket. Grolier ini jual tools pendidikan yang agak menarik untuk anak-anak kecil dari baby hinggalah 16tahun.
Bila tengok memang bagus dan bila duduk mereka akan bagi anak kita test IQ mereka ketika itu. Akan terserlah yang anak kita seronok menikmati games dan education tools itu.
Sheila hampir terbeli pakej grolier ini semasa shopping di Shopping Mall midvalley masa bulan puasa 2019 yang lalu. Kita ibu-ibu ini memang nak yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sambil dengar seller Grolier itu bercerita sheila terdetik dalam hati, ada ke masa nak habis kan semua ni. Beli buku RM2 pun berebut koyak-koyak inikan beli ribu-ribu. Terfikir juga mungkin kah selepas beli akan tersimpan rapi saja. Rasa macam membazir lah pula.
Masa dengan seller tu tak ada peluang pun nak check review Grolier ni. Bila dah nak masuk waktu berbuka puasa. Sheila mintak izin untuk pergi berbuka puasa dulu.
Ha, masa tu lah sheila ada kesempatan nak baca review tentang Grolier ni. Syukur Allah s.w.t nak selamatkan. Memang banyak negatif feedback tentang Grolier dari segi after sales service.
Ada banyak feedback yang mengatakan akhirnya set Grolier itu hanya jadi perhiasan tak digunakan sebab bila anak-anak kita ni cepat bosan. Mula-mula saja mereka nampak seronok dan enjoy benda tu.
Akhirnya sheila memutuskan untuk tidak sign up pakej. Kalau tak terbang duit RM125x36 = RM4,500. Fuhh tambah sikit dah boleh pergi umrah dah.
Sheila teringat kata-kata seller tu. “Bukan kata bila beli Grolier ni anak puan terus bijak, semua nya bergantung pada cara ibu bapa mendidik dan masa yang diluangkan. Tapi saya boleh kata Grolier ialah The best tools untuk bantu anak puan jadi lebih bijak”.
Bila sheila dengar tu, sheila dapat tangkap beli mahal-mahal pun kalau ibu bapa tak ada masa nak luangkan dengan anak-anak beli tools mahal pun tak guna atau tak efektif.
Sepanjang berbuka puasa tu, otak sheila ligat berfikir kalau ada RM1000 pun macam-macam buku dan mainan untuk minda untuk motor skill anak boleh beli di shopee
Yes, memang betul lepas saja kisah di Grolier tu sheila banyak beli toys dan buku dari shopee. Jimat pun jimat dan banyak pilihan. Anak-anak pun happy.
So ibu-ibu semua bijak lah dalam membuat pilihan. Buat ibu ayah yang mampu bolehlah beli Grolier ni. Untuk orang macam sheila,sheila pilih another option which is lebih sesuai dengan kemampuan dan lebih efektif pada sheila.
Bukan berkira dalam peruntukkan pendidikan anak-anak. Sebenarnya kena makesure berbaloi tak spend banyak tu untuk sesuatu yang belum tentu kita guna sepenuhnya.
Utamakan keperluaan bukan keinginan ok.Semoga kita semua jauh dari sifat membazir dan jauh dari bebanan hutang.
Semoga entri ini bermanfaat buat pembaca.Assalamualaikum.