• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Juara Maharajalawak Mega 2019

Juara Maharajalawak Mega 2019

11 January 2020 //  by sheila//  Leave a Comment

kredit foto: instagram zon lawak

Semalam sebelum tidur ada bersembang dengan suami. Entah macam mana tiba-tiba suami kata malam ni final maharajalawak mega. Suami sheila pun tanya siapa agaknya yang menang?

Sheila tengok juga maharajalawak mega tapi bukan lah fanatik sangat setiap minggu tengok. Kalau kebetulan memang tengah free tak ada apa nak buat ataupun suami minta teman tengok baru sheila tengok program lawak yang satu ni.

kredit foto : gempak.com

Sheila pun tanya, kalau based on kualiti lawak, rasa-rasa siapa yang bagus? Suami sheila cakap Jborn kot menang. Lepas tu suami pula tanya sheila. “Agak-agak siapa menang?”.

Sheila spontan jawab Puteh. Suami sheila kata puteh tak kelakar sangat. Kadang rezeki Allah nak bagi kita tak tahu kan sayang. Mana lah tau Allah nak bagi ganjaran kat ali puteh sebab anak dia kan baru meninggal masa dia tengah dalam maharajalawak ni.

kredit foto: majalahpa&ma.my

Sebenarnya sheila tengok episod pada malam minggu berlakunya kematian bayi ali puteh yang bernama ainul mardhiah. Bila tengok ali puteh perform malam tu, hati sheila berkata sendiri, hebatnya dia, cekal dan kuat betul hati dia. Kagum.

Dia boleh berdiri dan buat lawak demi tanggungjawab pada program dan rakan seperjuangannya. Sungguh dia orang yang kuat. Mungkin adanya redha di dalam hati buat dia setabah itu. Kagum.

kredit foto: siakapkeli.my

Pagi tadi sedang sheila sibuk di dapur buat sarapan, suami sheila turun bawah dari tingkat atas beritahu sheila,memang betul Kumpulan Puteh Menang. Senyum sheila dengar apa yang suami sheila sampaikan.

Memang rezeki dah tertulis. Mungkin juga ganjaran buat ali puteh. Ialah sheila memang selalu pegang maksud satu ayat dalam surah al-insyirah iaitu,

Faa inna ma’al Usri Yusra
Al-Insyirah ayat 5

Maksud ayat ini ialah dalam kesusahan ada bersama kemudahan. Mungkin ini juga lah yang di alami oleh ali puteh. Allah uji dengan mengambil nyawa bayinya namun Allah beri beliau kekuatan untuk terus bertanding di maharajawalawak mega dan akhirnya direzekikan menang sebagai juara.

Hadiah utama Rm500 ribu untuk kumpulan mereka. Yang pasti juga mereka bukan mengharapkan rezeki Ali puteh sahaja. Ahli kumpulan mereka juga bertungkus lumus perah idea untuk beri yang terbaik pada persembahan mereka setiap minggu.

kredit foto: hmetro.com.my

Sheila baru saja selesai tengok dua persembahan final kumpulan puteh. Memang best dan kelakar. Persembahan kedua mereka memang penuh emosi. Kelakar diawalnya kemudian di akhiri dengan emosi sedih bila kenduri yang dimaksudkan ialah kenduri untuk bayi ali puteh.

Semua boleh merasakan kesedihan itu, baik juri mahupun penonton. Ahli kumpulan mereka juga sangat terkesan dengan emosi itu. Mereka memang kumpulan yang hebat.

Usaha dan keserasian mereka bekerjasama juga asbab Allah s.w.t izinkan kemenangan ini. Tahniah buat kumpulan puteh Juara Maharajalawak Mega 2019. Semoga terus maju jaya.

Category: umumTag: #juaramaharajalawakmega2019 # aliputeh

Previous Post: « Cerita RM50 Yang Luar Biasa
Next Post: Tak Boleh Hidup Tanpa Duit »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.