• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Kanta Lekap Kabur

Kanta Lekap Kabur

31 January 2020 //  by sheila//  Leave a Comment

Pagi semalam punya kejadian aku tengah bersiap, sambil tu pasang contact lens(kanta lekap). Masa pakai sebelah aku tak perasan sangat benda ni jadi. Bila pakai dua-dua lens baru aku rasa macam ada asap. Rasa macam duduk bilik berkabus.

Aku pelik. Tak rasa pedih. Aku tanggalkan dan basuh semula dengan solution lens. Pakai semula. Tapi tetap sama. Alahai time nak cepat lah benda macam ni jadi. Disebabkan encik suami dah suruh turun masuk dalam kereta,makanya aku pakai cermin mata saja lah jawabnya.

Malam ni ada game badminton. Ini memang rutin aku setiap minggu. Aku tak selesa nak main badminton menggunakan cermin mata. Sebabnya cermin mata aku agak longgar. Kalau tunduk memang melorot ke bawah.

So aku decide ke kedai cermin mata yang selalu aku pergi kat econsave semenyih. Aku suka pergi situ, sebab service mereka sangat baik dan mesra pelanggan. Yang paling aku suka ialah diorang menyelesaikan masalah aku.

Contoh last time isteri pemilik kedai offer aku beli lens. Aku menolak pada mulanya sebab mata aku agak sensitif dan mudah rasa terbakar bila pakai contact lens. Ada satu saja yang aku selesa pakai iaitu air optix.

Cuma harga dia keras sikit pada aku. RM90-RM100 satu set. Ini untuk kegunaan sebulan saja tau. Air optix pun kebetulan tak ada kat kedai dia. Dia pun tanya serba sedikit masalah yang aku hadapi.

Dia cadangkan aku guna contact lens jenis silikon hydrogel. Katanya kanta lekap jenis tu lebih lembut dan selesa digunakan. Aku yakin dengan apa yang dia sampaikan sebab dia terangkan dengan detail.

Dia graduan optometri so dia ada knowledge pasal mata. Siap boleh check kan kita ada penyakit tak melalui mata kita.Memang nampak keihlasan dia bantu aku dapatkan lens yang sesuai mengantikan air optix tu.

Aku oder satu terus pakai satu kat kedai tu. Memang selesa bak hang. Aku pun terus sambar promo beli 3 RM100. Murah wei. Sakan aku borang. Kahkahkah. Benda helok kan. Memang untung belintime promo.

ok sambung cerita lens macam kabus tadi tu. Aku pergi kedai tu tanya lah kan kenapa jadi macam tu. Kena panas ke? Sebab tak sampai sebulan pun lagi guna.

Mula-mula diorang ingat tertukar lens kiri dan kanan. Kabur sebab power berbeza. Aku cakap tak sebab power lens aku dua-dua sama. Bila aku cakap macam berkabus baru diorang faham masalah sebenar.

Diorang kata sebab protein dah melekat kat lens. Senang faham lens tu dah tercemar. Tak boleh guna dah. Boleh kena jangkitan mata kalau teruskan guna. Puncanya ialah aku tak cuci lens betul-betul.

Aku tak tahu pula lepas cabut lens tu kena gonyoh dengan solution atas tapak tangan. Selama ni aku cabut saja terus letak dalam casing tu. Salah rupanya. Belajar sesuatu malam ni kehkehkeh.

Aku guna contact lens colour Vue. Murah saja. RM40 saja satu set. Yang penting selesa pakai. Cuma dia tak boleh digunakan tempoh jam yang lama dan tak secomfort macam air optix. Yelah benda murah so tak boleh lah nak expect tinggi sangat.

Cuma kalau dapat something premium dengan harga mampu milik tu sangat berbaloi pada aku berbanding beli murah tapi tak berkualiti. Ni aku ada oder satu lens yang lebih berkualiti nama dia air soft. Katanya lebih tahan untuk kegunaan long hours dan lebih selesa berbanding colour vue.

Harga lebih kurang dengan color vue cuma yang ni colorless.Tak sabar nak guna. Yang brand air soft ni. Manalah tau lagi berkualiti kan. Harga tak banyak beza. Tak salah cuba.

Nanti aku share macam mana pula kebestsan guna air soft ni. Apa pun moral of the story, kalau pakai lens, belajar cara yang betul cuci lens ok. Supaya selamat di gunakan pada mata kita.

Sekian, semoga bermanfaat.

Category: umum

Previous Post: « Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
Next Post: Perfume Fake Vs Perfume Original »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.