• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / KEMURUNGAN. BAGAIMANA KITA BOLEH BANTU?

KEMURUNGAN. BAGAIMANA KITA BOLEH BANTU?

30 December 2019 //  by sheila//  Leave a Comment

Assalamualaikum salam sejahtera. Kebelakangan ini, isu masalah mental dan kemurungan semakin mendapat perhatian dunia.

Dihangatkan pula dengan berita kematian artis-artis korea yang membunuh diri akibat kemurungan membuatkan isu ini semakin dipandang serius. Malah dikatakan sebagai pembunuh dalam senyap.

Mungkin ada di kalangan keluarga kita atau kenalan kita yang ada tanda-tanda mengalami kemurungan namun kita tidak tahu bagaimana cara sebenar nak bantu mereka.

Ramai masyarakat memandang serong orang yang menghadapi depresi/kemurungan,langsung dilabel sebagai orang gila. Dilayan seperti orang asing yang pelik pada pandangan masyarakat.

Hal ini membuatkan pesakit yang mengalami depresi memilih untuk menjauhkan diri kerana rasa diri mereka tak normal seperti orang lain dan tak mahu kekurangan dirinya memberi kesan buruk pada orang lain.

Sebenarnya mereka yang mengalami depresi ini perlukan perhatian dan kasih sayang. Mereka perlukan sokongan dan dorongan untuk tempuh fasa depresi.

Mereka sebenarnya waras cuma disebabkan tekanan dalam hidup, kesunyian,trauma dan kurang ilmu menguruskan emosi menyebabkan mereka tak seperti orang yang tidak megalami depresi.

Dalam fasa depresi emosi mereka umpama kaca yang telah retak menunggu hancur lebur. Mereka sangat sensitif dengan kata-kata dan persekitaran mereka.

Sekiranya mereka memilih kita untuk bercerita tekanan/masalah yang mereka hadapi, cukup lah dengan mendengar sepenuh hati dan prihatin. Sekurang-kurangnya mereka rasa ada yang faham kondisi diri mereka. Ada tempat mereka boleh meluahkan.

Ada segelintir bila mendengar percakapan/penceritaan pesakit depresi mereka terus mengeluarkan komen “bercakap macam orang tak ada iman”, malah ada yang mengkritik dan berkata-kata yang menghentam dan fokus pada kekurangan mereka.

Percayalah bahawa perbuatan ini membantu mereka bertambah depres. Sangat sakit untuk dihadapi. Kita tidak ditempat mereka. Kita tak rasa apa yang mereka lalui. Dan bersyukur sekiranya kita tak terpilih menghadapi dugaan sakit depresi. Kerana ianya proses yang panjang untuk pulih sepenuhnya.

Bila seseorang beritahu kita dia disahkan sakit kanser.Kita berasa belas dan kasihan. Kita beri semangat dan dorongan kerana kita faham penyakit itu berat untuk dia tanggung.

Tetapi bila seseorang beritahu kita,dia sedang mengalami kemurungan, kita dengan mudahnya menghukum mereka dengan mengatakan mereka lemah, kita salahkan mereka tidak urus emosi dengan baik,mereka tak usaha sehabis baik untuk perbetulkan diri, mereka ada perwatakan yang lemah, tiada jatidiri dan paling sedih ialah yang bertindak memulaukan mereka.

Kita kritik mereka. Lalu respons seperti ini lah yang menyebabkan hati mereka hancur dan mereka terus beranggapan tiada siapa yang boleh bantu,tiada siapa yang faham. Akhirnya mereka memilih untuk menghadapi seorang diri. Hingga satu tahap mereka berasa hidup ini tiada makna lalu mereka memilih unttuk membunuh diri.

Sekiranya respon yang sama diaplikasikan kepada pesakit kanser kita rasa tak sesuai,kita rasa bersalah. Sedih kan? Tapi itulah hakikat pandangan masyarakat pada pesakit depresi.

Ingat teman-teman, jangan ditambah garam pada luka yang berdarah. Jangan tekan mereka pada kekurangan dan kesilapan mereka menguruskan emosi.

Layanlah dengan penuh ehsan, kasih sayang dan perhatian kepada mereka yang kita lihat ada simptom-simptom depresi.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang menyumbang kepada meningkatnya statistik bunuh diri akibat kemurungan dengan kesilapan menghadapi pesakit depresi.

Semoga pesakit yang diuji dengan depresi sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Category: umum

Previous Post: « Sihir Di zaman Moden
Next Post: Tanda-Tanda Diri Disihir. »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.