“Sejak dua tiga menjak ni susah betul nak kawal selera makan. Asyik nak mengunyah saja. Nak diet tak lepas-lepas. Nak buat senaman tak ada masa. Nak beli supplement. Mahal lah pula. Macam mana ni? Help!”
Begitu lah suara hati kita bila berat badan naik mencanak-canak. Badan pun makin rasa lesu dan malas. Rasa nak melepek saja. Tak kuasa nak keluar. Kalau keluar makan boleh no hal.
Tips sheila ni macam tak masuk akal tapi menjadi bila dilaksanakan.Paling jimat kos dan masa.
Ok macam ni. Setiap hari kita minum air kan? Cuba imbas semula.Kita lebih banyak minum air kosong atau air manis. Air manis la tu. Hehe. Tak apa. Teruskan baca kalau nak kurus cara paling mudah.
Tahu tak dengan minum air kosong dengan cara yang betul boleh bantu kita kurus? Tapi macam mana dan kenapa air kosong?
Sebenarnya kebanyakkan masa kita fikir kita lapar sebenarnya kita dahagakan air. Kita selalu salah faham signal otak dengan keinginan kita.
Bila kita ganti makanan dengan minum air, kita akan kurang makan. Kita bukan tak boleh makan langsung. Tapi nak kawal portion makanan atau pengambilan kalori tu sebenarnya.
Bila kita tidak minum air kosong secukupnya, air akan disimpan dalam badan meyebabkan kita rasa berat dan kembung.
Yang paling pelik bila kita minum air secukupnya badan kita tidak lagi menyimpan air. Faham ke? hehe
Analoginya macam ni, badan kita suka air,tapi air sikit dia sayang nak bagi kat seluruh badan.Dia simpan sikit. Takut habis. Tapi bila air cukup, dia dengan rela hati bagi ke seluruh badan.Dah tak kedekut. Gitu.
Magisnya air kosong ni boleh bantu tubuh badan kita bakar kalori. Iya lah kan nak kurus penting untuk kurangkan kalori sebanyak mungkin.
Ada beberapa kajian memantau orang yang BMInya overweight, minum 1-1.5liter air kosong setiap hari selama beberapa minggu mengalami penurunan berat badan, saiz pinggang dan lemak badan.
Macam mana caranya nak kurus dengan minum air kosong sahaja ni? Mudah saja. Sheila akan share 5 cara Untuk Turunkan Berat Badan dalam masa 10hari.
Sekian dahulu. Assalamualaikum.