• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Lontong Ikhwan

Lontong Ikhwan

4 April 2019 //  by sheila//  1 Comment

Assalamualaikum selamat pagi. Hari ini sheila ada di jalan diplomatik putrajaya. Sementara tunggu encik suami berurusan di pejabatnya, sheila singgah makan di kafe ikhwan.

Pagi ni teringin nak makan lontong. Sebut je Allah izinkan makan lontong pagi ni siap dengan sambal sotong. Alhamdulilah.

Selalunya kalau makan lontong sheila suka makan dengan lauk rendang daging atau rendang ayam. Hari ni nampak sotong sambal dia mengiurkan. Terus jadikan pelengkap menu lontong pagi ni.

Memang sedap sambal sotongnya. Lembut dan sangat yummms dimakan bersama kuah lodeh yang tidak terlalu pekat tapi cukup rasa.

Paling sheila suka dalam kuah lodehnya ialah tempe yang segar dan tidak lembik. Rasanya tempe tu dah digoreng separuh masak baru dimasak dalam kuah lodeh. Sumpah sedap.

Yang kacang dan ikan bilis tu sheila tambah sendiri. Memang suka makan lontong letak kacang tanah dan ikan bilis.

Ni sheila nak kongsi di jalan diplomatik putrajaya ni penuh dengan perusahaan nama ikhwan tau.

Pelbagai Jenis perusahaan Ikhwan

Nama ikhwan di mana-mana. Rasa bangga bila ada orang melayu muslim kita yang ada perusahaan yang pelbagai dan maju. Rupanya ikhwan ni diluar negara pun ada. Bukan syarikat biasa-biasa ni.

Pekerjanya semua bertudung labuh dan yang lelaki bersongkok tinggi. Berpakaian kemas dan menutup aurat. Sejuk mata memandang.

Sebenarnya ini bukan kali pertama sheila ke kafe ikhwan. Sudah banyak kali. Setiap kali lepak di kedai ikhwan idea mencurah-curah. Hati pun tenang saja nak buat kerja.

Mungkin sebab dikelilingi orang baik-baik.Orang-orang yang disukai Allah.Kita pun dapat tumpang sama. Rasa dia lebih kurang macam pergi duduk dalam masjid.

Lebih kurang gitu lah. Susah nak disampaikan dengan kata-kata. Kena datang dan lepak di kafe ikhwan di putrajaya ni baru boleh feel.

Sekian saja. Assalamualaikum.

Category: umum

Previous Post: « Tips Mudah Closed Sales
Next Post: Makanan Korea »

Reader Interactions

Comments

  1. Sarena

    4 April 2019 at 10:31 am

    Wowww.. nampak menyelerakan tu Sheila. Yummy. Ikhwan ni kat Gua musang pun ada rasanya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.