“Sayang ingat nak buka gerai nasi lemak la”. Suamiku memang punya cita-cita untuk membuka sebuah kedai makanan.Makanan kesukaan suamiku ialah nasi lemak.
Aku yang tak pernah masak nasi lemak belajar cara masak nasi lemak yang sedap. Pertama kali masak nasi lemak nasinya lembik. Kali ke-2 santannya berketul-ketul. Kali ke-3 nasi nya jelantah.
Alhamdulilah selepas itu aku berjaya masak nasi lemak yang sedap. Kami jemput saudara mara dan kenalan untuk rasa nasi lemak kami.Di mana kurang yang perlu diperbaiki.
Dua kali buat jamuan alhamdulilah feedback positif. Kami pun dah bersiap sedia dengan periuk besar dengan sambal dan lauk kami mula berniaga tepi jalan.
Hari Pertama Berniaga
Hari pertama alhamdulilah habis cuma aku rasa tidak berpuas hati dengan rasa nasi. Iyalah sebelum ni masak guna periuk kecil,tiba-tiba kena masak periuk besar lari dah rasanya.
Hari seterusnya aku usaha perbaiki.Sebab hati ini rasa tak puas bila orang beli sesuatu tapi dapat tak cukup sedap. Alhamdulilah dapat sukatan yang betul.
Kami berniaga setiap hujung minggu sahaja. Makin lama makin kurang orang datang. Kami yang ketika itu baru lagi dalam dunia perniagaan makanan ni berfikir makanan yang sedap saja dah cukup.
Tiada Tarikan Istimewa
Rupanya marketing dan daya tarikkan yang kuat sangat penting. Ketika itu kami tiada ilmu. Kami mula berniaga hari sabtu ahad sahaja. Lama-lama kami tutup kedai sebab tidak tahu macam mana nak kembangkan perniagaan nasi lemak kami.
Persaingan juga ramai ketika itu.Aku yang ketika itu mempunyai semangat yang lemah tidak meneruskan perniagaan. Tapi hati ini tetap nak ada pendapatan tambahan.
Tidak Terhenti Di situ
Saban hari berfikir nak berniaga apa. Semasa kami berniaga nasi lemak.Keistimewaan kami ialah rendang kerang. Hati ini terfikir nak pasarkan rendang kerang.
Dalam kecewa perniagaan nasi lemak tak dapat dijalankan, keinginan berniaga tetap diteruskan. Nantikan cerita seterusnya bagaimana rendang kerang laku keras.
Terima kasih.