Setiap ibu yang pertama kali merasai pengalaman mengandung anak pertama pastinya nervous lain macam. Macam-macam dalam fikiran pun iyakan.
Maklumlah satu pengalaman baru dan kita tak tahu apa yang akan kita lalui. Bila tiba saat bersalin nanti bersalin normal kah atau ceaser? Macammana rasa sakit tu? Kalau kena jahit macam mana?
sheila pun lalui benda yang sama masa mengandungkan anak sulung sheila Nur Amni Fathia. Ya Allah, hari-hari minta doa “ya Allah aku takut sangat tak tertanggung sakit nak bersalin ni ya Allah, jangan kau bagi aku rasa sakit masa nak bersalin nanti ya Allah”.
Makbul Doaku
Allah makbulkan doa itu. Memang masa nak bersalin bukaan 3cm sikit sakit pun tak rasa. Lepas tu ditahan wad malam tu, esok nya sheila operate sebab amni berkedudukan songsang.
Lepas operate pun steady boleh main wasap.Sebab memang tak rasa sakit lagi masa tu.Tapi bila ubat bius dah kurang berkesan sakitnya Allahu. Time nak bangun dari katil. Huwaa…sakit yang amat.
Batuk Teruk
Lepas saja sehari operat sheila kena batuk teruk. Perut terbelah lepas tu batuk pula. Masa itu air mata lah peneman. Tak batuk tekak rasa tak selesa. Bila nak batuk kena tekan perut dengan bantal takut jahitan terbuka.
Masa ini lah sheila dapat rasakan betapa nikmatnya selama ni sheila batuk tak de sampai sakit macam masa operate ni. Allah tarik sikit saja nikmat batuk dah terasa seksa yang amat.
Amni Poor Sucking
Ditambah pula amni anak sulung sheila baru lahir ada masalah poor sucking. Dia langsung tak nak menyusu dari badan terus. Masa dia lahir nurse terus bagi dia susu botol.
Sheila gigih pam susu dapat lah 2 ounz. Tapi masa tu kurang bijak ingat sikit susu sheila. Padahal untuk permulaan itu kira banyak dah tu. Sheila bertambah stress bila tak dapat menyusuka anak, sakit operate lagi.
Kena pula overexpress breast. Sebab terlalu kuat dan kerap perah susu, tisu breast sheila ada yang koyak. Allahu sakit dia macam daging kena hiris. Ya tuhan. Berendam air mata sepanjang berpantang.
Trauma
Sungguh trauma dengan pengalaman bersalin anak pertama ini. Salah sheila juga sebab memang gak prepare apa pun nak bersalin.Dengan sheila masa tu sibuk kejar target kerja di Rhb bank sampai anak pun underweight.
Terlalu sibuk dengan kerja dan hanya menyediakan persiapan untuk baby sahaja. Maklumlah sheila anak tunggal suami pun anak tunggal. Mak mentua pun dah lama tak berpantang.Tak ingat dah apa yang perlu.
Sheila melalui fasa trauma ini selama 3 bulan. Bila sheila dah tak mampu nak menyusukan amni,sheila rasa sangat bersalah. Yelah, lepas bersalin sheila terus berhenti kerja.Lepas tu tak menyusukan anak. Rasa gagal sebagai seorang ibu untuk beri yang terbaik untuk amni.
Pesanan Sheila
Untuk bakal ibu pertama, persiapan utama u tuk bersalin ialah persiapan untuk si ibu berpantang. Kerana ibu yang sihat dia akan kuat dan dapat menjaga diri dan anak dia.
Yang kedua hari pertama baby lahir kebanyakkan ibu tiada susu yang keluar bukan sebab badan kita kurang susu tapi sebab kurang rangsangan.Baby tak isap lagi. Jangan risau susu sikit, susu badan kita sebenarnya cukup untuk baby yang lahir.
Cuma kita kurang stimulate. Sheila banyak belajar tentang ni masa sebelum anak kedua lahir. Sheila kaji semula kenapa sheila gagal susu kan amni. Dan sheila betulkan dan adam dapat menyusu badan hampir 2tahun.
Good luck bakal mummy, apa pun mak cik bawang cakap abaikan. Belajar kenali diri kita dan anak kita. Study the flow. Learn the proses. Tak mau dengar cakap orang tau.