• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Perfume Fake Vs Perfume Original

Perfume Fake Vs Perfume Original

1 February 2020 //  by sheila//  Leave a Comment

Kebelakangan ini aku banyak tengok video-video tentang perfume di youtube. Youtuber favourite aku bila review pasal perfume ni ialah Jeremy Fragrance. Handsome wey mamat jerman ni, pakaian dia kemas dan segak.

Cara dia explain tu buat aku tersangat lah nak tahu macam mana bau perfume-perfume yang dia cakapkan dalam video tu. Aku pun apa lagi, google lah kan. First thing first mesti nak tahu harga dulu kekeke.

Ha ni lah jeremy tu.
kredit foto: jeremyfragrance.com

Bila google, harga dia MasyaAllah semput tengok angka tersebut. Aku pun buat carian di instagram. Memang ada banyak yang jual murah-murah. Tapi aku takut nak beli sebab ada rasa skeptikal, betul ke original?

Tu lah perangaikan, nak ori dan harga murah. kahkahkah. Dalam aku mencari terjumpa satu insta yang jual perfume ori. Memang posting dia sangat meyakinkan. Harga yang dia jual boleh kata half price dari harga original. So tak da lah terlalu murahkan.

Aku pun baca feedback semua kata sebijik macam original. Aku pun setelah berhari-hari dok tengok sana sini pasal perfume decide untuk membeli perfume dari insta seller ni. Aku beli 2 perfume besar 2 repack perfume.

Ini lah repack perfume
kredit foto: carousel

Perfume repack tu katanya perfume yang volume dia dalam 20ml je. So kita boleh try bau dulu sebelum beli yang besar. Dia jual satu botol RM20. Perfume besar aku pilih Light Blue Intense by Dolce & Gabbana dan Scandal by Jean Paul Gaultier.

Dua perfume ni dapat feedback yang sangat baik dari banyak pengguna. Lagi pun kebetulan dua perfume ni insta tu tengah on clearance sale RM100 saja sebotol. Aku pun sambar saja lah. Terus oder. Seller dia tak berapa mesra.

Tapi disebabkan aku excited sangat nak guna perfume tu, harga pun murah aku tutup mata lah service dia yang nak tak nak tu. Aku tanya dua tiga kali baru nak jawab. Tu pun acuh tak acuh je jawab.

scandal perfume yang aku beli dari insta. Ni 80ml.

Ok lah tak apa lah. Aku pun tunggu saja lah barang sampai. 3 hari juga lah baru barang sampai. Aku pun excited unboxing perfume tu semua. Wrapping dan packaging dia memang kemas. Cuma bila buka box perfume scandal tu bawah dia kemek sikit.

Ni repack perfume yang aku beli dari insta.

Aku try yang repack dulu. Entah kenapa baunya agak masam dan tak macam perfume mahal. Repack aku oder 2 tapi seller tu bagi extra satu. Tapi 3-3 bau cheap. I cry.

Takpe lah sedapkan hati mungkin repack je kot yang tak bagus macam ni. Aku pun cuba pula perfume yang sebotol RM100. Masa spray memang wangi. Aku pun agak happy sebab bau dia sedap.

Ni satu lagi botol besar yang aku beli. 100ml.

Aku pakai seperti yang di ajar di youtube. Lepas pakai kebetulan suami aku ajak keluar beli barang. Bila balik dari kedai, bau perfume tadi hilang ok. Huwaa, rasa tertipu nya sebab dia kata tahan 8 jam wey.

Aku frust , aku pun cari lagi info untuk bezakan fake dan ori perfume. Rasanya macam ori tapi kenapa tak lasting ek? Ada satu insta ni jual perfume juga dia share kenapa perfume ori tapi bau tak tahan lama.

Rupanya perfume ni bila disimpan terlalu lama ,dah lama duduk diam tak digoncang tak digunakan, makanya solvent dan pati dia tak bercampur dengan baik.

Ini memberi kesan pada bau dan ketahanan perfume tersebutl gitu. Maksudnya seller tu jual perfume ori tapi sebab yang aku beli tu clearance stock so bau dia lari sikit dan tak tahan lama.

So setelah faham puncanya,apa yang aku buat ialah goncang tonggang terbalik botol perfume tu dan aku spray kat tangan. Kali ni baunya lebih kuat. Dalam sejam dua gitu, aku mandi sebab baru balik dari dataran nilai main-main dengan anak-anak badan rasa tak selesa.

Alhamdulilah lepas mandi bau still melekat. Aku suka. yeay! Cuma aku fikir ada rezeki lebih nak beli ori juga satu. Baru puas hati. Sangat berbeza sebenarnya.

Aku ingat lagi minyak wangi original untuk ak

u buat hantaran yang beli kat parkson dulu memang spray sikit saja tahan dan melekat bau dia. Yang aku beli kat insta ni kena spray 3 kali baru bau dia melekat.

Kalau nak kualiti dan nak guna lama seeloknya beli yang original, diyakini dan confirm tahan lama. Bila beli yang murah ni kita tak yah nak demand sangat lah kata orang.

So korang suka beli barang berkualiti ke barang yang harga murah yang tahap bila korang dapat barang tu tapi korang still komplen macam-macam macam aku? hehe.

Category: umum

Previous Post: « Kanta Lekap Kabur

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.