• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Pintu Telah Tertutup

Pintu Telah Tertutup

6 May 2019 //  by sheila//  Leave a Comment

Pagi ini aku agak kelam kabut menguruskan dan menyiapkan anak-anak. Setelah semua barang dan anak-anak aku masukkan ke dalam kereta, aku dan suami bergegas ke rumah pengasuh.

Selesai hantar anak-anak di rumah pengasuh suamiku parking kereta dan kami bersiap sedia untuk naik motorsikal ke tempat kerja.

Suamiku kerja di putrajaya.Aku pula office coway di cheras. Setiap pagi suamiku akan hantar ke ktm kajang. Selalunya bila sampai ke ktm aku akan naik ktm pada pukul 9.

Kali ini bila aku sampai di ktm kajang dan aku touch kad atm aku nampak ktm yang aku nak naik hampir sampai ke platform.Bergegas aku berlari naik lift.

Ingat naik lift lagi cepat,rupanya..hmm

Aku ingat naik lift lebih cepat, sekalinya lift tu nak buka pintu pun lambat, hati menahan rasa geram. Tak nak rosakkan mood pagi-pagi. Sampai saja di platform,aku cuba lari secepat mungkin.

Bila aku hampir sampai ke muka pintu kereta api, aku dengar bunyi pintu akan ditutup. Aku lajukan lagi langkah tapi sampai saja depan muka pintu, pintu kereta api dah tertutup.

Terima kasih bagitahu.

Aku frust, tetapi tiba-tiba dengar satu suara “tekan butang tengah pintu,pintu akan terbuka”. Aku terus cari butang tu dan pintu terbuka. Aku cepat-cepat masuk dalam ktm.

Syukur aku sempat naik ktm tu. Aku tidak tahu siapa gerangan suara yang bagitahu suruh tekan butang kat pintu tu,tetapi aku sangat berterima kasih sebab dia sudi membantu aku.

Selama ini aku tidak tahu ada butang untuk buka pintu ktm. Mungkin sebelum ni ada yang menahan pintu guna tangan semata-mata untuk masuk ke dalam kereta api ktm.

So, kawan-kawan kalau nak kejar masuk dalam kereta api ktm jangan tahan guna tangan ya. Gunakan lah butang yang telah disediakan.

Category: umum

Previous Post: « Dia Di Mana-mana
Next Post: Ok! Aku Give Up! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.