Hi assalamualaikum, entry ini ialah sambungan kisah Nasi Lemak Tak Laku. Entah macam mana selepas tak berjaya dengan bisnes nasi lemak tepi jalan,dapat pula idea jual rendang kerang.
Mula-mula open oder di taman perumahan dan ofis suami. Masa tu kami jual sebekas bulat RM15 dan bekas petak RM22. Jualan pertama kali habis. Sebab tak ada orang buat rendang kerang.
Di ofis suami di bangsar juga laku keras. Oder pun bertambah-tambah. Dari 10kg kerang hingga lah 30kg. Blender pun sampai jem asyik kisar rempah. Belum cerita bab cari kerang.
Ketika tu harga kerang agak mahal. Sekilo RM8-RM14 itu harga termasuk kulit sekali. Pernah cuba guna kerang dah siap kopek,tapi tak sedap.Sebab rasa ubat pengawet. Aku sendiri rasa tak sedap semestinya aku tak nak jual benda yang tak sedap pada pelanggan.
Makanya gigihlah cari kerang. Susah nak dapat satu kedai yang jual kerang lebih dari 5kg. Kadang kena pergi 3-4 kedai untuk penuhi senarai oder.
Alhamdulilah berjaya buat rendang kerang.Ramai yang repeat oder. Sampaikan hingga hari ni masih ada yang bertanya. Last oder 30kg masa bulan puasa tahun 2017.
Bayangkan lah kopek kerang 30kg. Kuku sampai senget benget. Masa tu pula aku sedang mengandung anak ke-2. Bila semakin sarat tak larat dah nak handle sorang masak rendang kerang berkilo-kilo.
Pernah bleeding sebab angkat berat dan berdiri terlalu lama. Doktor nasihatkan untuk berehat demi keselamatan baby. Sepanjang tempoh doktor bagi berehat tu, aku sambung berniaga online jual baju muslimah secara online.
Entah macam mana satu hari suami balik dari kerja dia beritahu ada satu iklan di majalah.com tentang satu syarikat yang tawarkan komisen yang tinggi untuk dropship.
Sheila risau dan agak takut dengan tawaran komisen tinggi risau terjebak dengan MLM lagi sekali. Tetapi suami cakap cuba lah contact dulu nombor tanya bisnes plan.
Sheila ikutkan kata suami. Sheila akan share next entry macam mana sheila mula belajar banyak perkara setelah join dropship satu jenama dimana pengasasnya pasangan suami isteri doktor.
P/s: Bila kita gagal dalam sesuatu yang kita usahakan,tak semestinya sampai bila-bila kita akan gagal. Kadang bila kita gagal ada sesuatu yang Allah s.w.t nak kita belajar untuk digunakan pada masa akan datang.