• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Sahabat Baru

Sahabat Baru

2 January 2020 //  by sheila//  Leave a Comment

Kebelakangan ini aku sangat sibuk dengan urusan kerja. Semalam suamiku ada menyatakan hasrat untuk pergi berkelah di port dickson.

Aku sangat letih sebenarnya.Tetapi melihat dia bersungguh-sungguh menyediakan persiapan untuk esok, aku tidak sampai hati menolak. Kami bertolak agak petang,mungkin suamiku faham keadaan aku yang penat semalamnya. Syukur suamiku faham.

Suamiku ada ajak beberapa kenalan untuk turut serta tapi masing-masing sibuk tak dapat sertai. Iyalah lebih ramai lebih meriah. Kemudian suamiku teringat ada seorang budak kontrak di ofis nya. Nama dia Ain.

Aku dah jumpa ain 2 kali, di ofis semasa open house tempat suamiku kerja.Kali ke-2 di kenduri akiqah rakan sepejabat suamiku. Cuma tak pernah sempat nak sembang lama. Nak pula aku ni bukan jenis mudah mesra pertama kali jumpa sesiapa pun hehe.

Selain ain, suamiku juga ada jemput seorang lagi rakan sekerjanya bernama laily. Aku kenal laily sebab pernah sepejabat dengannya. Seronok nya aku rasa, dah lama tak pergi jalan-jalan dengan family serta kawan-kawan walaupun kawan suamiku hehe.

Sampai saja di pantai, suamiku angkat semua barang. Kami sampai dulu. Anak-anak aku tersangatlah seronok nampak pantai. Tak dan apa terus capai pasir.

Tak lama kemudian suamiku beritahu ain dah sampai. Dia tak tahu lokasi kitorang. Suamiku memberitahu lokasi kami. Aku leka bermain dengan anak-anak. Tahu-tahu saja ain sudah sampai di belakang dengan anak perempuannya.

Ain orangnya tak banyak cakap, sangat sopan, bertudung labuh dan sangat menjaga aurat. Bila lihat ain aku selalu memandang diri aku. Hmm bila lah agaknya aku ada kekuatan nak tutup aurat sepenuhnya. Aku agak admire ain walau pun baru beberapa kali jumpa.

Tak lama lepas tu laily sampai. Aku tak bersembang sangat. Lebih kepada layan anak-anak. Suamiku yang rancak bersembang berkaitan hal ofis mereka.

Masa berlalu dengan pantas, hari sudah masuk senja. Laily telah meminta diri untuk pulang. Kami anak beranak dengan ain plan nak cari tempat solat dan makan malam.

Selepas solat maghrib kami ke Kfc Port Dickson. Ya Allah, anak-anak semua macam piranha. Lapar sangat agaknya main air lama sangat. Anak sulungku dengan anak ain sangat serasi bersama. Iya lah nama pun sama.

Anak sulungku merasakan anak ain sperti seorang kakak agaknya. Rapat macam dah kenal lama. Tengah makan, tu tiba-tiba dengar anak sulungku kata nak tidur rumah cik ain.

Aku cakap kena tanya Ayah. Kalau ayah bagi boleh lah. Sekali ayah dia bagi, seronok kemain dia. Happy tengok dia gembira. Cepat-cepat dia habiskan makanan.

Selesai makan kami berangkat pulang ke rumah masing-masing. Sampai saja di rumah suamiku tunjuk video anak sulungku yang tersangatlah happy bermain princess-princess dengan anak ain.

Risau juga sebab tak pernah.Tapi tengok anakku gembira. Tak apa lah. Oh lupa ain mang duduk di port dickson sebab tu dia sampai awal hehe. Malam tu aku siap-siap keluarkan bahan nak masak esok, raya haji. Ain nak datang rumah,hantar amni balik sekali.

Alhamdulilah hari yang seronok buat kami sekeluarga.

Bersambung…..

Category: umum

Previous Post: « Tanda-Tanda Diri Disihir.
Next Post: Pertama Kali Berubat Di Darussyifa »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.