• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Sakitnya Hanya Dia Yang Tahu.

Sakitnya Hanya Dia Yang Tahu.

1 April 2019 //  by sheila//  1 Comment

Lokasi: Hospital Serdang

Hi assalamualaikum. Hari ini sheila menulis dari hospital serdang. Mak cik saudara sheila kena strok. Separuh badannya tidak boleh bergerak.

Sheila diberi tugas menjaganya buat sementara suaminya pulang berehat setelah beberapa hari menjaga isterinya dihospital.

Sheila diberi amanah untuk bantu mak cik sheila buat fisio sejam sekali.Ianya tidak mudah untuk sheila yang berbadan kecil untuk angkat anggota badan mak cik sheila yang tinggi ni.

lebih kurang macam ni fisionya.

Tapi alhamdulilah berjaya juga laksanakan. Nurse pula datang. Sheila tanya nurse, “mak cik saya ni minum macam mana?”. Nurse beritahu hanya boleh minum dan makan melalui saluran tube dihidung sahaja.

Allahu rasa sayu sebak melihat kondisi mak cik sheila ketika ini. Terlantar tak dapat nak bergerak. Nak bercakap pun tak berdaya.

Situasi ini benar-benar membuatkan sheila rasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah s.w.t rezekikan. Tidak dapat dibayangkan sekiranya diri ini yang terlantar sebegitu.

Melihat keadaan itu sheila semakin bersemangat untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sheila juga semakin berkobar-kobar untuk menyampaikan kebaikkan menjaga kesihatan di kalangan masyarakat.

Sheila tahu ianya bukan kerja mudah. Namun sheila tidak akan berputus asa, kerana sheila nak lebih ramai sedar kesihatan ini merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya.

Wahai pembaca laman gadis genit mari kita sama-sama jaga kesihatan diri kita.Supaya kita kekal sihat tanpa perlu bergantung pada ubat-ubatan, tanpa perlu lalui proses-proses pemeriksaan yang menyakitkan.

Kesakitan ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang telah melaluinya. Jangan lah kita tunggu dah sakit baru kita nak usaha jaga kesihatan.

Banyakkan melawat orang-orang yang sakit agar ianya menjadi iktibar pada kita untuk lebih berjaga-jaga dengan pemakanan dan gaya hidup kita.

sekian sahaja. Doakan kesembuhan mak cik sheila. Semoga kita semua direzekikan kesihatan yang baik.

Category: umum

Previous Post: « Mayat Dalam Tangki Air Palong
Next Post: Tips Mudah Closed Sales »

Reader Interactions

Comments

  1. Sabrijati

    1 April 2019 at 8:29 pm

    Allahu. Semoga makcik kembali sembuh seperti sedia kala. Amin
    Sabrijati recently posted…KAMI TUNGGU ABANG PULANGMy Profile

    Reply

Leave a Reply to Sabrijati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.