Assalamualaikum selamat sejahtera. Hari ni sheila agak sibuk dengan closing hujung bulan di coway.
Pagi ini selepas thumprint di WSO cheras, sheila sempat makan sebentar di restoran hajris bistro. Lepas makan terus bergerak ke giant batu gaves duty di booth sana.
Semalamnya sheila ada beritahu seorang adik ni nama dia nadia abu bakar. Nadia ni junior sheila masa belajar di TPM. Kamijuga duduk satu rumah masa tu.
Nama manja nadia ni yaya. Yaya ni baik, suka makan dan manja. Comel sangat. Dulu masa duduk hostel sheila la chef dia.
Apa yang dia nak makan dia beli bahan dan akan minta sheila masakkan. Padahal masa tu bukan pandai masak sangat pun. Setiap kali masak buka buku resepi. Alahaiii..
Sheila pun wasap yaya nak jumpa di giant batu caves memandangkan rumah dan tempat dia bekerja pun dekat.
Alhamdulilah plan kali ni menjadi. Bila jumpa tu peluk terloncat-loncat. Seronok sangat. Yelah dan 10 tahun tak jumpa. Sekejap nya 10 tahun berlalu.
Sembang gelak sakan. Rasa nak sembang lebih lama. Tetapi masa tak mengizinkan. Yaya terpaksa balik ada urusan di pejabatnya.
Kami janji nak lepak lebih lama lepas ni. Banyak cerita nak dikongsikan. Tadi dalam sembang yaya ada beritahu yang emak dia pengguna penapis air coway.
Tapi di tempat kerja dia guna penapis air jenama lain. Dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan brand tersebut.
Perkara utama yang dia paling tidak berpuas hati ialah bila tekan nak tadah air dari penapis air tersebut, slow sangat. Lama nak kena tunggu.
Yaya bekerja sebagai pengurus di sebuah tadika. Anak-anak murid selalu komplen air cepat habis dan perlu tunggu lama.
Bila nak masak lagi la. Lama nak kena tunggu. Jadi makin lambat. Katanya “fungsi pasang penapis air nak jimat masa nak cepat, tapi lebih kurang sama saja macam sebelum pasang penapis air.
Itu lah dia. Masalah yang kerap sheila dengar.Tersilap beli .Tak ada pengalaman guna penapis air. Tidak tahu apa yang perlu ditimbangtara dalam memilih penapis air yang tepat dan berfungsi dengan efisien.
Sheila akan kongsikan Tips memilih penapis air di entri yang seterusnya. Nanti kita sambung lagi. Terima kasih sudi membaca cerita sheila.
Assalamualaikum.