• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Sihir Di zaman Moden

Sihir Di zaman Moden

28 December 2019 //  by sheila//  Leave a Comment

Assalamualaikum hari ini sheila nak bercerita tentang adanya sihir di zaman yang penuh kemodenan ni. Ada ke bomoh zaman moden ni kan? Macam tak logik saja bomoh-bomoh ni.

Memang benar ada beberapa orang yang tidak percaya pada sihir ini. Pada mereka itu semua benda kuno dan tak relevan pada mereka. Hakikatnya,selagi syaitan jin iblis masih wujud selagi itu lah perbuatan sihir ini akan ada.Tak kira zaman apa pun.

Ada beberapa cerita yang dikongsikan kepada sheila tentang pengalaman terkena sihir. Ada yang perasan/sedar awal dirinya telah terkena sihir. Ada juga yang memang tidak sedar dirinya disihir dan sheila tergolong dalam kategori orang yang tidak sedar diri disihir. Yang ni sheila akan ceritakan pada masa akan datang.

Ok kita sambung lagi, sihir ini ada banyak jenis dan tujuannya. Ada yang kegunaannya untuk menyakiti dan membunuh sasaran secara perlahan. Ada yang digunakan untuk memikat dan memdapatkan orang tersayang dan banyak lagi.

Sheila sebenarnya ada terfikir macam mana boleh jumpa bomoh-bomoh ni? Kenal di mana? Macam mana boleh percaya betul dengan bomoh tu.

Ini antara bomoh yang boleh jumpa di facebook.

Ada satu hari,sheila buka facebook dan ada satu friend request dari seorang bomoh. Sheila segera block. Seram rasa. Kita tak cari dia,dia cari kita pula. hahaha agresif betul.

Dalam tempoh sheila berubat banyak juga buat carian di internet. Paling sheila terkesima ialah orang-orang yang buat perkara khurafat ni siap buat iklan di ruang-ruang internet. Di shoppee dan lazada pun ada jual minyak pengasih dan macam-macam lagi barangan khurafat.

Item yang dijual di Shoppee

Kagum sekejap.Bukan kaleng-kaleng(biasa-biasa) marketing mereka ni. Senyum sendiri sheila bila tengok iklan tersebut. Ada yang jual minyak dagu, buluh perindu, batu serta kayu khas untuk melindungi diri. Ada yang siap buat website.

Patutlah berleluasa kes sihir sekarang. Semua boleh dapatkan melalui online. Kalau pergi ke darussyifa orang sentiasa ramai pergi ke sana ikhtiar untuk sembuh dari penyakit sihir dan gangguan jin. Ada sampai 11.00 malam pun masih beratur nak usaha berubat.

Proses rawatan adalah sangat meletihkan fizikal dan emosi. Satu proses yang panjang,berulang dan tidak mudah dilalui. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t dari perbuatan sihir.

In shaa Allah akan datang sheila akan share tanda-tanda disihir dan bagaimana sheila lalui proses merawat diri untuk atasi masalah disihir. Semoga bermanfaat.

Category: umum

Previous Post: « Grolier, Hampir Aku Terjebak
Next Post: KEMURUNGAN. BAGAIMANA KITA BOLEH BANTU? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.