• Menu
  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

Gadis Genit

Hidup ini Penuh Hikmah

MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
MENUMENU
  • Utama
  • Kenali Gadis Genit
  • Arkib Artikel
  • Hubungi
You are here: Home / umum / Tips Bercinta Dengan Suami Orang.

Tips Bercinta Dengan Suami Orang.

25 January 2020 //  by sheila//  Leave a Comment

Mesti yang tengah cari entry ni dalam dilema sama ada si dia yang bergelar suami orang itu benar ikhlas berhubungan cinta atau tidak kan?

Benda-benda macam ni memang tiada siapa yang nak, tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan? Betul la tu siapa kita nak lawan takdir Tuhan kan.

Cuma sebelum diri jadi mangsa diperkotak katik kan oleh spesis lelaki suka pasang spare part saja untuk penuhi rasa sunyi baik korang detect awal ciri-ciri ni yang ada pada lelaki tersebut.

Ciri-Ciri Dia Tak Ikhlas

  1. Suka bagi alasan untuk meneruskan hajat nak berkahwin denganmu walaupun beribu kali kata nak kahwin.
  2. Gunakan anak-anak sebagai alasan tak nak melepaskan isteri pertama.
  3. Selalu try minta ciuman atau pelukkan atau lain-lain sebelum sah mengambil korang sebagai isteri.
  4. Menyembunyikan hubungan dengan korang dari pengetahuan isteri pertama.
  5. Sanggup mengetepikan korang untuk isteri pertama dan keluarganya malah meminta korang faham kondisinya.
  6. Hanya mencari korang apabila diperlukan.
  7. Mengajak korang pergi bercuti ke luar kawasan walaupun belum berkahwin.
  8. Mengajak korang kahwin di thailand.
  9. Menyatakan dia sayang korang tapi sukar nak melepaskan isteri pertama kerana kesian dan tidak sampai hati.
  10. Banyak minta korang mengalah dari banyak situasi.

Hati-hati bermain cinta dengan suami orang. Perasaan cinta memang sukar di halang bila dah berputik. Bila bercinta memang, sanggup jadi yang no 2 even sanggup buat apa saja untuk si dia.

Hakikatnya menjadi isteri kedua sangat lah perit dan perlu banyak mengalah unless korang seorang yang aggressive lah kan. Boleh control si dia ikut sesuka hati korang.

Apa pun bila korang bercinta dengan suami orang,korang dah menjadi penyebab terganggunya institusi keluarga tu. Nak-nak keluarga yang dah ada anak-anak. Cubalah elak bercinta dengan suami orang. Kesian kat anak-anak dan isteri si dia.

Sebab kebanyakkan suami orang bercinta di luar hanya untuk melepaskan tekanan di rumah yang mostly disebabkan kesalahan diri mereka sendiri.

Alasan mereka isteri tak layan dengan baik.Isteri garang. Isteri tak ambil berat. Isteri sibuk. Semua nya isteri yang salah. Kalau betul isteri yang salah, kenapa tidak tinggal saja isteri tu dan kahwin saja dengan korang.

Jawapan nya ialah isterinya masih bermanfaat pada dirinya dan keluarga. Sang Isteri ni kalau suami baik,rajin kerja, murah hati dengan keluarga,ringan tulang bantu isteri,melayani isteri macam mana nabi layan dan didik isteri-isteri nya silap-silap dia yang pergi minang wanita lain untuk jadi kan madu.

Kalau korang sedang bercinta dengan suami orang. Hentikan lah. Melainkan dia memang nak ceraikan isteri pertama dan mengahwini korang. Bunyi macam kejam kan? Tapi disaat seorang suami menduakan cinta isteri itu sudah terlalu kejam dan sakit untuk ditelan oleh seorang yang bernama isteri.

So far sepanjang pemerhatian dalam hidup aku, kepahitan yang dilalui oleh ibu aku sendiri sebagai isteri kedua betul-betul bagi pelajaran pada diri aku. Atas sebab itu juga aku meletakkan satu tembok besar kepada lelaki yang bergelar suami orang.

Ada ketika di zaman anak dara, pernah rapat dengan seorang lelaki berstatus suami orang. Mulai jatuh hati dengan layanan dan tutur katanya. Memang manis dan menyenangkan hati.

Tapi disebabkan ada tembok besar tu dan dengan izin Allah aku berjaya menolak diri even nak meluahkan aku suka kat dia pun tak terlafaz. Sebab aku tak nak terlibat dalam hubungan yang menyeksa diri aku kelak.

Pada aku pilihan ada dalam tangan kita. Jangan menyakiti kalau kita kalau kita tak nak disakiti kelak. Jangan mudah terpedaya dengan layanan, kata manis dan kata-kata daring dari si dia kononnya nak memperisterikan korang ok.

Kalau betul dia nak korang, dia mesti gentle hadapi isteri dia dan berterus terang. Means apa jadi pun dia masih dengan korang walaupun selepas isteri dia tahu.

Apa pun perkahwinan itu satu perjudian yang kita tidak tahu apa nasib kita dan wanita yang paling malang ialah wanita yang salah pilih suami. Doa pada Allah s.w.t mudahan Allah tunjukkan kita jalan yang bahagia. Wallahualam.

Category: umum

Previous Post: « Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
Next Post: Kanta Lekap Kabur »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Perfume Fake Vs Perfume Original
  • Kanta Lekap Kabur
  • Tips Bercinta Dengan Suami Orang.
  • Anak Perlukan Aktiviti Dengan Ibu Bapa
  • Deja vu Dalam Hidup Aku

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Coway Journey
  • Port Makan
  • Port Makan
  • umum

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Footer

Hubungi Sheila

Lokasi Sheila

Copyright © 2021 Gadis Genit - Gadisgenit.com.